Pengurusan Tingkah Laku
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
- Tingkah
laku dapat didefinisikan
sebagai satu pekara yang dilakukan atau diperkatakan oleh seorang individu.
Memperhati, mengukur,
dan menilai merupakan tindakan tingkah laku seorang manusia dimana mereka
melakukan secara sedar atau separa sedar serta dilakukan secara terus atau
tidak. Menurut Lewis
M. Beaker (2001), tingkah laku sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
- Manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu manusia ialah tingkah laku. Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Tingkah laku
yang terlampau aktif. Contohnya, tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarum
di punggung seseorang individu.
b) Distruktif
Perlakuan yang
suka merosakkan benda seperti kerusi, meja, barangan kawan sekelas, mengoyakkan
kertas atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
c) Disruptif/mengganggu
Perlakuan
sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah
laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.
d) Agresif
Tingkah laku
agresif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki
hamun dan sebagainya.
e) Temper
Tantrums
Menunjukkan
kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima pujukan atau ajakkan orang
lain walaupun telah diberikan apa yang diminta.
f) Separation
Problems
Kecenderungan
mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan tidak bekerjasama.
g) Pergantungan
berlebihan
Kanak-kanak yang
sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari dan tidak berupaya
membuat keputusan sendiri.
h) Pengasingan
diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
i) Noncompliance
I.
Ponteng Sekolah
Perlakuan yang
sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan
membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau tempat permainan.
II.
Tidak ke sekolah
Perasaan kurang
senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan
berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan
yang dialami oleh seseorang. Contohnya tidak ke sekolah akibat daripada
perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah
dengan keluarga dan bimbang meninggalkan Kawasan rumahnya.
III.
Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan dan dipulaukan oleh rakan sekelas.
Matlamat keseluruhan menguruskan tingkah laku dari aspek kemanusiaan
adalah membantu murid mempamerkan tingkah laku yang baik serta kondusif dan sesuai bukan sahaja dalam
aktiviti pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat.
Pengurusan tingkah laku dan disiplin amatlah penting untuk dilaksanakan
untuk melahirkan murid dan masyarakat yang bertingkah laku baik kerana tingkah laku
yang baik dalam diri para murid yang akan melahirkan anak bangsa yang bersifat
sanggup melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, institusi
dan Negara. Tanpa tingkah laku yang baik tanggungjawab tidak akan mampu
dilaksanakan meskipun terhadap diri sendiri.
Tingkah laku baik penting bagi melahirkan suasana tenang dan kondusif
dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi
disiplin ini tidak ada di dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan
mengganggu murid lain belajar.
Selain itu, dengan adanya pengurusan tingkah laku dan disiplin yang baik
dilaksanakan peratusan masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Ini mampu
menjadikan sekolah sebagai tempat menimbah ilmu yang selamat, sihat dan lebih
efektif. Para murid dapat belajar dengan baik dan guru-guru dapat lebih fokus
kepada matapelajaran yang diajar, menyebabkan lebih ramai pelajar yang
cemerlang dapat dilahirkan.
Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif
Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:
a) Peneguhan positif
Pemberian
peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu
dikekalkan atau ditingkatkan lagi,
b) Peneguhan negatif
Merupakan
penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran
ditunjukkan dan akan mengekalkan atau
meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.
c) Pembentukan (shaping)
Pemberian
pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus
kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.
d) Kontrak
Persetujuan
di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis.
Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.
Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan
murid faham akan kesan yang akan berlaku.
e) Ekonomi token
Peneguhan
diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya
apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan
dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.
f) Modeling
Menggunakan watak-watak (murid,
guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid.
g) Rantaian (chaining)
Merujuk kepada siri tingkah laku
yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian
tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis
tugasan.
h) Pengaburan/pelunturan (fading)
Mengurangkan tingkah laku atau
ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.
NO. MATRIK: D20201093772
Di sekolah terdapat pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar. Antaranya terdapat tiga kategori kesalahan:
Daripada setiap kategori
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Terdapat senarai hukuman
kesalahan-kesalahan yang boleh pihak sekolah mengambil tindakan berdasarkan
kategori kesalahan berikut:
NO. MATRIK: D20201095470
PENGURUSAN
DEVIAN DAN SALAH LAKU
DEFINISI
Menurut kamus
dewan edisi keempat, tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang
dianggap tidak bermoral atau tidak beretika dimana seseorang itu sering
melakukan perkara yang bercanggah atau menyimpang dari perkara yang betul.
Selain itu menurut Syazwana Aziz, Salina Nen, Suzana Mohd Hoesni & Jamiah
Manap (2019), tingkah laku devian yang berlaku dalam kalangan remaja melibatkan
sebarang tingkah laku yang tidak mematuhi peraturan norma hidup masyarakat,
tingkah laku yang boleh menyebabkan berlaku masalah sosial, tingkah laku yang
memberi kesan negatif kepada kesihatan, tingkah laku yang menyebabkan kepada
kematian serta tingkah laku yang menyebabkan remaja disabit bersalah dalam kes
undang-undang.
JENIS TINGKAH
LAKU DEVIAN
Berikut merupakan jenis tingkah laku devian yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu:
💥Berunsurkan jenayah
💥Berunsurkan kelucahan
💥 Kekemasan diri
💥Tidak pentingkan masa
💥Kurang sopan
💥Laku musnah
💥Ponteng sekolah
💥Kenakalan
💥Buli
💥Menghisap rokok
NO. MATRIK : D20201094609
FAKTOR SALAH LAKU DEVIAN
Individu
Ø Pelajar
sendiri berpotensi dalam mempengaruhi
tahap disiplin pelajar.
Ø Terdapat
tiga kategori utama (gender,usia dan personaliti trait).
Ø Ahli
psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’(emotional age) .
Ø Remaja
mencari identiti mereka sering berhadapan konflik diri (pertembungan sifat
kanak-kanak dan keinginan serta kebimbangan untuk menempuhi
alam dewasa).
Ibu bapa
Ø Menurut Teori Pembelajaran
Sosial yang dihasilkan dan ditulis oleh Albert Bandura, seorang pakar
psikologi, menyatakan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh faktor psikologi dan
rangsangan persekitaran. Ini bermakna anak-anak belajar dan membina sesuatu
tabiat dengan memerhati persekitarannya.
Ø Didikan
yang salah oleh ibu bapa akan melahirkan anak yang
membentuk tingkah laku yang bemasalah (sering berkata kasar
atau terlalu memanjakan anak ).
Ø Pendidikan
yang diterima dalam sesebuah keluarga berperanan besar dalam membentuk individu
untuk menjadi manusia yang berguna atau sebaliknya.
Rakan sebaya
Ø Remaja
banyak meluangkan masa bersama rakan berbanding keluarga di rumah.
Ø Remaja
memperoleh pengetahuan serta mempelajari tingkah laku tertentu adalah
melalui pemerhatian tingkah laku sahabatnya.
Ø Remaja juga berkecenderungan
tinggi untuk terikut dengan tingkah laku rakan sebaya serta rakan-rakan yang
telah membentuk hubungan rapat.
Guru
Ø Guru merupakan pendidik yang
akan membimbing pelajar dari segi pembelajaran dan rohani terutamanya di
sekolah.
Ø Guru tidak menegur dan tidak
memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pelajar mereka yang melakukan
kesalahahan.
Ø Guru
mengganggap pelajar akan memberikan masalah kepada mereka.
Ø Maka pelajar merasakan
perbuatan yang dilakukan adalah benar dan tidak menyalahi peraturan.
Media sosial
Ø Remaja banyak
menghabiskan masa dengan media sosial kerana dengan menggunakan telefon pintar,
mereka dapat melayari internet dengan mudah walau di mana sahaja mereka berada.
Ø Satu kajian dijalankan oleh “Laporan Keluarga Norton online 2019”
mendapati bahawa remaja Malaysia menghabiskan masa mereka selama 18 hingga 20
jam dalam seminggu dengan media sosial.
Ø Sembilan daripada
sepuluh remaja Malaysia terdedah kepada perkara negatif daripada penggunaan
media sosial .
PEKELILING
DAN PERATURAN
i) Pekeliling
|
Surat Pekeliling Ikhtisas |
Perkara |
|
Bil.8/1968 |
“tiap-tiap guru hendaklah dapat
menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru-guru besar” |
|
Bil. 9/1975 |
“semua guru hendaklah juga memahami
benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara
disiplin sesebuah sekolah” |
|
Bil. 10/2001 |
“...masalah disiplin mendapat
perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin
ditambah di sekolah-sekolah.”
|
|
Bil. 7/2003 |
Kuasa Guru Merotan Murid
|
NO.MATRIK: D20201095391
ii) Peraturan
ORDINAN PELAJARAN 1957
PERATURAN DISIPLIN 1959
|
Peraturan |
Perkara dalam Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 |
|
4 |
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin) “Guru besar
adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah” dan bagi maksud
itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah
itu” |
|
5 |
(Kuasa-Kuasa guru besar) · Bagi maksud menjaga disiplin dalam kalangan murid-murid, guru besar
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat. · Satu rekod mengandungi
semua hukuman yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
|
|
6 |
(Perwakilan kuasa oleh
guru besar)
|
|
7 |
(Murid-murid
tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya atau
politik) Tiada seorang pun
murid yang berumur kurang daripada 21 tahun yang belajar di mana-mana sekolah
yang boleh: (a) Merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya: (b) Dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seseorang atau beberapa orang lain dalam sesuatu pilihanraya berucap atau menganggu mana-mana perjumpaan awam yang sah. (c) Menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya. (d) Menganggu perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan urusan perjumpaan tersebut. (e) Mengambil
mana-mana perarakan atau perhimpunan yang diadakan untuk menyokong/menentang mana-mana parti, pertubuhan politik atau calon dalam sesuatu
pilihanraya.
|
|
8 |
(Kuasa guru besar
menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah) Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah: - (a) Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau
ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung
persekolahannya ataupun dibuang sekolah; ATAU (b) Yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan
peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir
sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau membuang murid itu
dari sekolah. |
|
9 |
(Kuasa pendaftar
mengarahkan pembuangan murid dari sekolah) Pada bila-bila masa sahaja: (a) Didapati dengan
memuaskan hati pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi
maksud menjaga disiplin atau
ketenteraman dimana-mana sekolah, atau:
b) Pendaftar diarahkan
sedemikian oleh pendaftar besar. (c) Pendaftar berpuas
hati bahawa telah berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7. |
|
10 |
(Rayuan) (1) Ibu bapa atau
penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah
di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat
suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut. |
|
11 |
(Catatan dibuang sekolah
dalam sijil berhenti sekolah) Sijil berhenti
sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan
peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang
menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan bagi peraturan-peraturan ini. |
|
12 |
(Syarat masuk balik
sekolah) Seseorang murid
yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9
tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu
dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya). (b) Diterima masuk
sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain tanpa kebenaran pendaftar besar. |

























Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pendapat saya, topik perbincangan mengenai pengurusan tingkah laku disiplin ini juga perlu diambil perhatian oleh semua pendidik mahupun masyarakat supaya dapat memahami dan mengaplikasikan cara pengurusan tingkah laku disiplin murid di sekolah. Tambahan pula, terdapat pelbagai model-model disiplin juga plan disiplin yang telah diperkenalkan melalui tokoh-tokoh ilmuan terdahulu. Oleh yang demikian, guru perlu peka dan sentiasa memahami dang mengaplikasikan sebaiknya di sekolah dan di dalam bilik darjah.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t. penggunaan ayat dalam blog ini sungguh kemas dan menarik. Teori daripada tajuk Pengurusan Tingkah Laku Dan Displin yang saya fahami ialah seperti teori fungsionalisme, konflik, interaksionisme, teori subbudaya dan depravasi serta teori label. Masing-masing dihuraikan dengan ringkas dan padat serta mudah difahami.
ReplyDeletePada pendapat saya, saya mudah faham dengan penulisan kumpulan ini, banyak info-info baru yang saya tahu seperti cara atau prosedur untuk melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.Selain itu semua pihak perlu berganding bahu untuk membentuk peribadi murid sejak di bangku sekolah kerana mereka ialah pimpinan negara pada masa akan datang.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmiah yamg menarik ini. Cara penyampaian yamg mudah difahami. Apa yang dapat saya simpulkan daripada tajuk ini ialah semua pihak bukan sahaja pengetua/guru besar malah semua kakitangan sekolah memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Pengurusan yang telus dan amanah boleh menjamin sistem pengurusan yang berjaya serta sebarang tingkah laku pelajar dapat dikawal sebaiknya.
ReplyDeleteUntuk membendung masalah disiplin di sekolah guru hendaklah memainkan peranan yang penting untuk membendung salah laku di sekolah dengan menasihati murid dan menunjukkan contoh teladan yang terpuji. Pihak pentadbir juga berperanan untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan salah laku disiplin agar murid lebih peka dan faham berkenaan disiplin.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t saya sangat tertarik dengan topik yang disampaikan ini. Apa yang dapat disimpulkan ialah ibu bapa perlu lebih peka dan prihatin dalam memantau setiap gerak langkah anak-anak mereka bagi membendung masalah salah laku di sekolah. Hal ini kerana, pengaruh rakan-rakan sebaya yang mudah untuk mempengaruhi anak-anak ke arah gejala-gejala yang negatif. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam menjalankan hukuman bagi setiap pelajar yang didapati melakukan kesalahan.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera, berdasarkan topik yang disampaikan saya amat tertarik kepada matlamat dan kepentingan topik ini. Ia adalah untuk membantu murid mempamerkan tingkah laku yang baik serta kondusif dan sesuai bukan sahaja dalam aktiviti pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat. Tetapi perlu diingatkan bahawa setiap tingkah laku murid, mulanya dengan seorang guru. Guru juga perlu mempamerkan akhlak dan tingkah laku yang baik kepada murid.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t . perkongsian ilmiah yang sangat menarik dan cantik . Kesimpulannya, untuk membendung masalah salah laku di sekolah , guru haruslah menasihati murid agar mempamerkan contoh laku yang baik dan pihak sekolah juga perlu mengambil berat tentang salah laku pelajar agar mereka lebih peka tentang disilpin di sekolah.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat ini, saya dapat memahami konsep pengurusan tingkah laku ini adalah merujuk kepada pengurusan tingkah laku para pelajar dalam melahirkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan, dan penuh ceria. terdapat peblbagai kaedah dalam mengatasi pelajar bermasalah.
ReplyDeleteGeorginna (D20201095548).Terima kasih atas perkongsian ilmu dan blog yang menarik ini. Pengurusan tingkah laku dan disiplin adalah penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah disiplin diri. Dengan adanya pengurusan tingkah laku di sekolah maka pelajar dan para guru akan dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan berkesan dam cemerlang.
ReplyDeleteSalam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini. Pada pendapat saya, pengurusan tingkah laku adalah salah satu pengurusan yang amat bermanfaat dan mampu membantu pihak sekolah untuk membentuk sahsiah murid yang baik. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan murid di sekolah mempunyai tingkah laku mereka yang tersendiri tidak kira positif dan negatif. Jika mereka menunjukkan tingkah laku negatif, sudah tentu pihak sekolah perlu mengambil tindakan dan tidak boleh membiarkan perkara seperti ini berlanjutan. Mereka yang menunjukkan tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah akan dikenakan tindakan oleh pihak sekolah. Jelasnya, pengurusan tingkah laku merupakan pengurusan yang bermanfaat dalam melahirkan murid yang berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji.
ReplyDeleteSaya setuju dengan perkongsian anda di halaman blog ini berkenaan tingkah laku positif dan negatif. Seperti yang kita tau, sikap murid ini adalah pelbagai. Mereka boleh menampilkan tingkah laku positif yang membawa kearah kejayaan mereka dalam menuntut ilmu serta tingkah laku negatif yang membawa kearah kemerosotan dalam hidup. Tingkah laku murid yang negatif bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap diri sendiri malahan juga terhadap orang disekeliling mereka. Sekiranya murid suka mengganggu,suasana pembelajaran akan terganggu serta murid lain tidak dapat menumpukan perhatian semasa PdP berlangsung. Tingkah laku negatif ini perlu dibendung oleh guru dan juga pihak sekolah agar sikap ini tidak menjadi semakin buruk.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera. Daripada blog ini, saya dapat memahami bahawa pengurusan tingkah laku adalah sangat penting bagi mewujudkan disiplin murid yang lebih positif. Peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah membantu dalam menguruskan tingkah laku murid dengan lebih sistematik dan teratur. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka terhadap murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang negatif supaya sebarang kesalahan ringan dan berat dapat dielakkan daripada berlaku. Bagi meningkatkan tingkah laku positif dalam kalangan murid, pihak sekolah boleh memberikan peneguhan positif seperti memberi pujian dan hadiah kepada mereka yang sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik. Manakala murid yang menunjukkan tingkah laku yang negatif pula seperti membuli perlulah dikenakan tindakan tegas supaya dapat memberi pengajaran kepada semua murid juga.
ReplyDeleteAssalamualikum da salam sejahtera kepada semua. saya bersyukur kerana diberi perkongsian yang padat sekali dari blog ini. Pembentukan tingkah laku yang baik dari sekarang dapat melahirkan masyarakat yang berkalibel . Oleh itu , saya dapat lihat pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak pendidikan bagi memantapkan lagi pembentukan akhlak yang turut menjadi tanggungjawab kepada warga pendidik untuk mendisiplinkan pelajar . Namun, bukan mudah bagi guru dan ibu bapa untuk membentuk akhlak yang baik .Disiplin merupakan teras kejayaan, oleh itu , tingkah laku yang baik perlu dipupuk dari bangku persekolahan lagi untuk melahirkan masyarakat yang berguna kepada bangsa , agama dan keturunan. Teima kasih untuk pemantapan ilmu ini.
ReplyDelete(D20201095442) Salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian maklumat yang membantu dan bermanfaat tentang tajuk Pengurusan Tingkah laku。 Pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Pengurusan Tingkah Laku bukan hanya untuk melambangkan imej sekolah, tetapi adalah untuk kesejahteraan kehidupan masyarakat kerana pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteLim Hong Ming D20201093792
ReplyDeleteBerdasarkan Blog yang telah dikemukakan oleh kumpulan 6 yang bertemakan Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin. Saya dapat memahami Pengurusan tingkah laku dan disiplin amatlah penting untuk dilaksanakan untuk melahirkan murid dan masyarakat yang bertingkah laku baik kerana tingkah laku yang baik dalam diri para murid yang akan melahirkan anak bangsa yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku yang baik tanggungjawab tidak akan mampu dilaksanakan meskipun terhadap diri sendiri.
Sekian terima kasih.
salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang menarik. topik ini adalah sangat penting bagi seorang guru dalam mengawal disiplin dan tingkah laku pelajar. dengan adanya topik ini guru - guru dapat menguasai langkah dan keadah yang betul.
ReplyDeleted20201094636
Salam sejahtera dan terima kasih. Perkongsian yang sangat bermanfaat dan penting untuk dikuasai oleh para guru. Pelbagai kaedah dan langkah Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin telah dikongsikan dapat membantu guru dalam membantuk akhlak yang murni dalam diri pelajar. Guru juga merupakan pihak yangperlu bertanggungjawab terhadap mendidik tingkah laku dan disiplin pelajar selain ibu bapa.
ReplyDelete